



Tajuk : Bengkel Pendidikan Kewangan
Tarikh : 17 Julai 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg
Tempat : Bukit Keluang beach Resort, Besut.
Pada hari ini satu bengkel pendidikan Kewangan telah diadakan di Bukit Keluang Beach Resort dan sertai oleh semua guru dari sekolah rendah dan menengah. Wakil sekolah rendah seorang untuk sebuah manakala 2 orang untuk setiap sekolah menengah. Bengkel ini melibatkan peserta dari seluruh sekolah di daerah Besut. Bengkel ini melibatkan pembinaan rancangan mengajar dan cara menguruskan sumber kewangan yang betul. Semua peserta diberi buku panduan dan nota yang lengkap untuk memudahkan para peserta memahami konsep dan kaedah megurukan kewangan. Di akhir perbengkelan ini semua peserta diberi sijil penghargaan dan beg bimbit. Semoga bengkel seperti ini dapat diteruskan lagi ditahun-tahun akan datang demi untuk kebaikan kepada guru dan pelajar.
