


Perjalanan ke Pengkalan Kubur, Kedai bebas Cukai.
Pada 6 Nov 2010, Satu perjalanan bersama keluarga serta rombongan Kelab Guru untuk membeli belah di kedai Bebas Cukai di Pengkalan Kubor kelantan. Pengkalan Kubor adalah terletak di jajahan Tumpat dan bersempadan dengan Negara Thailand. Pada kebiasaannya kami pergi menggunakan kereta sendiri tetapi kali ini kami mengunakan bas dan keretapi untuk sampai ke Pengkalan Kubur.
Perjalanan dari Jerteh menuju ke Tanah Merah mengambil masa selama 1.30 minit melalui lebih raya timur barat(grik) dan mengambil tiket di Stesen Keretapi dengan tambang RM1.00 untuk kanak dan RM2.00 untuk dewasa bagi perjalanan Tanah Merah ke Tumpat. Perjalanan menggunakan keretapi mengambil masa 1 jam 20 minit untuk sampai di Tumpat. Perjalanan Keretapi akan berhenti mengambil penumpang di Bukit panau, Tok Uban, Kok pasir dan singgah di pasir mas sebelum sampai di umpat dan dari Tumpat kami mengunakan bas ke Pengkalan Kubor untuk membeli belah. Pelbagai jenis barangan dapat dibeli disini seperti pakaian, peralatan dapur, pinggang mangkuk dan lain-lain. Kami sekeluarga berasa sangat seronok dapat menaiki keretapi dan dapat membeli belah di Pengkalan Kubor.
