Saturday, November 6, 2010

Perjalanan Jerteh Ke Pangkalan Kubor Kelantan.









Perjalanan ke Pengkalan Kubur, Kedai bebas Cukai.

Pada 6 Nov 2010, Satu perjalanan bersama keluarga serta rombongan Kelab Guru untuk membeli belah di kedai Bebas Cukai di Pengkalan Kubor kelantan. Pengkalan Kubor adalah terletak di jajahan Tumpat dan bersempadan dengan Negara Thailand. Pada kebiasaannya kami pergi menggunakan kereta sendiri tetapi kali ini kami mengunakan bas dan keretapi untuk sampai ke Pengkalan Kubur.
Perjalanan dari Jerteh menuju ke Tanah Merah mengambil masa selama 1.30 minit melalui lebih raya timur barat(grik) dan mengambil tiket di Stesen Keretapi dengan tambang RM1.00 untuk kanak dan RM2.00 untuk dewasa bagi perjalanan Tanah Merah ke Tumpat. Perjalanan menggunakan keretapi mengambil masa 1 jam 20 minit untuk sampai di Tumpat. Perjalanan Keretapi akan berhenti mengambil penumpang di Bukit panau, Tok Uban, Kok pasir dan singgah di pasir mas sebelum sampai di umpat dan dari Tumpat kami mengunakan bas ke Pengkalan Kubor untuk membeli belah. Pelbagai jenis barangan dapat dibeli disini seperti pakaian, peralatan dapur, pinggang mangkuk dan lain-lain. Kami sekeluarga berasa sangat seronok dapat menaiki keretapi dan dapat membeli belah di Pengkalan Kubor.

Tuesday, November 2, 2010

Banjir di Sekolah...




Pada 1 Nov 2010....Banjir telah melanda di sekolahku akibat dari hujan yang tidak berhenti-henti sejak 24 jam yang lalu. Semua kawasan sekolah dinaiki air termasuklah dalam bilik darjah sehingga menganggu perjalanan pembelajaran pada hari ini. Sejak pukul 7.00 pagi lagi air telah memasuki kelas yang berada di bahagian bawah bangunan. Untuk menjamin keselamatan, para pelajar dibenarkan pulang awal.

Tuesday, September 14, 2010

Taklimat Ketua Pengawas UPSR 2010



Tajuk : Taklimat Ketua Pengawas Calon Khas Peringkat Negeri Trg.
Tarikh : 14 Sept 2010
Masa : 11.00pg - 2.00 ptg
Tempat : JPN Trg

Hari ini satu taklimat khas untuk Ketua Pengawas Calon Khas UPSR telah diadakan di JPNT untuk melicinkan perjalanan peperiksaan UPSR. Tugas dan tanggungjawab Ketua Pengawas dijelaskan secara terperinci oleh Ketua Sektor Peperiksaan JPN. Calon khas adalah terdiri dari calon pekak, buta, hyperaktif dan lain-lain. semoga dengan taklimat ini perjalanan UPSR akan berlansung dengan baik dan sempurna.

Saturday, July 17, 2010

Bengkel Pendidikan Kewangan





Tajuk : Bengkel Pendidikan Kewangan
Tarikh : 17 Julai 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg
Tempat : Bukit Keluang beach Resort, Besut.

Pada hari ini satu bengkel pendidikan Kewangan telah diadakan di Bukit Keluang Beach Resort dan sertai oleh semua guru dari sekolah rendah dan menengah. Wakil sekolah rendah seorang untuk sebuah manakala 2 orang untuk setiap sekolah menengah. Bengkel ini melibatkan peserta dari seluruh sekolah di daerah Besut. Bengkel ini melibatkan pembinaan rancangan mengajar dan cara menguruskan sumber kewangan yang betul. Semua peserta diberi buku panduan dan nota yang lengkap untuk memudahkan para peserta memahami konsep dan kaedah megurukan kewangan. Di akhir perbengkelan ini semua peserta diberi sijil penghargaan dan beg bimbit. Semoga bengkel seperti ini dapat diteruskan lagi ditahun-tahun akan datang demi untuk kebaikan kepada guru dan pelajar.

Takraw Besut 2010

t


Nama Aktiviti : Pertandingan Sepaktakraw MSS Trg 2010
Tarikh : 13 -15 Mei 2010
Hari : Khamis
Tempat : StadiumTertutup Negeri Trg
Menginap : SMK Teknik Terengganu
Tugas : Teknik Sepaktakraw MSSD Besut.

Pada pertandingan kali ini Pasukan Daerah Besut telah menyertai Pertandingan Sepaktakraw MSST dan telah mendapat ketiga setelah kalah kepada Kuala Trg Utara(KTU) dengan 2 -0 pada separuh akhir. Tahun ini semua pasukan mempunyai kekuatan yang seimbang tapi nasib tidak menyebelahi kami. 8 pasukan yang mewakili daerah di negeri Trg telah menyertai pertandingan ini. Tahun depan Pasukan Besut akan berjuang lagi untuk menebus kekalahan. Tahniah untuk semua yang terlibat.

Wednesday, June 9, 2010

Majlis Peyampaian Laptop Kepada Guru-Guru.


Tajuk : Majlis Penyapaian Komputer Riba Peringkat Negeri Terengganu.
Tempat : Pusat Dagangan Terengganu(TTC), K. Terengganu.
Tarikh : 30 Mei 2010
Hari : Ahad
Masa : 2.30 ptg - 5.30 ptg
Perasmian dan Penyampaian oleh : YAB Dato Ahmad Said(MB Terengganu)

Pada majlis ini seramai 800 orang guru dari seluruh negeri hadir untuk menerima laptop berjenama TC(Terengganu Computer). Semua laptop telah disampaikan sendiri oleh MB dengan ditemani oleh Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu Dato Ariffin. Saya telah terpilih dan telah menerima dari MB. Komputer Riba ini agak solid dan mempunyai intel Core 2 serta RAM 2 gigabyte dan sesuai digunakan untuk pembelajaran dan untuk berkursus. Laptop ini boleh membantu saya dalam kerja-kerja seharian di sekolah. Semoga usaha ini akan diteruskan lagi di masa-masa akan datang untuk menaikkan lagi imej pendidik di terengganu.

Friday, April 30, 2010

TAKLIMAT KETUA PUSAT PEPERIKSAAN SPM



TAKLIMAT KETUA PENGAWAS SPM 2009

Tarikh : 10 Nov 2009
Masa : 8.00 pg - 6.00 ptg
Tempat : Hotel Grand Continental K. Terengganu
Anjuran : JPN Terenganu.

Kursus ini berguna untuk saya menjalankan tugas sebagai Ketua Pengawas kerana semua perkara yang melibatkan peperiksaan awam akan disebarkan kepada pengawas dan pembantu pengawas di bawah seliaan saya. Jika dilantik lagi saya akan menjalankan tugas dengan sebaiknya.

KURSUS JURULATIH DI STADIUM TERTUTUP.

stadium tertutup Negeri Terenganu.



Kursus Kejurulatihan Tunas Cemerlang
Tarikh : 18 Feb 2010
Masa : 8.00 pg - 6.00 ptg
Tempat : Stadium Tertutup Negeri Trg.
Anjuran : Majlis Sukan Negeri Trg.

Dalam kursus ini semua jurulatih Tunas dan SUKMA hadir untuk berkursus bagi memantapkan lagi sukan di Negeri Terengganu. Semua Jurulatih hadir termasuk Adun Pasu Jurulatih Tinju, Razak Yaakob jurulatih memanah dan ramai lagi. Saya sungguh seronok kerana dapat menimba ilmu dalam bidang sukan. Semoga program sebegini dapat diadakan lagi dimasa-masa akan datang. Terma kasih.

Thursday, April 29, 2010

Kenangan di Gunung Kinabalu.


Inilah Guting Lugadan tempat menginap sebelum sampai ke puncak.



Inilah gambar kenangan semasa berada di Sabah pada tahun 1993 hingga 1995. Gambar ini adalah semasa berada di kaki gunung Kinabalu pada tahun 1994. Aku yang berdiri kiri sekali dan group saya dapat menawan gunung Kinabalu. Kerjasama dalam satu kumpulan adalah penting dalam misi ini. Semua rakan yang terlibat ini adalah pelatih Maktab Kent, Tuaran dan merupakan satu aktiviti yang di rancang secara tersendiri oleh rakan maktab. Program ini diadakan pada cuti semester dan hanya aku seorang sahaja dari Semenanjung dan rakan lain adalah dari sabah. Kami menempah hostel di kaki Gunung Kinabalu untuk menginap pada sebelah malam dan mula mendaki pada keesokkan paginya. Kami juga telah mengupah seorang guide(Pemandu Pelancung) untuk mengemudi pendakian kami. Inilah kenangan yang tidak dapat saya lupakan.

KURSUS DI PRIMULA RESORT K.TRG


GAMBAR KENANGAN KOHORT 6

AKU, JALIL, ROSIHAN, MAT YASSIN DAN PN REMA(FESI)

TAJUK : ESSENTIAL COURSE
TARIKH : 23 - 27 APRIL 2010
TEMPAT : K.TERENGGANU
ANJURAN : KERAJAAN NEGERI TRG

Pandangan : Baik dan dapat tambah ilmu berkaitan internet dan tempat sungguh selesa walaupun jadual sangat padat. Kalau ada peluang saya akan ikuti lagi kursus ini.

Monday, April 26, 2010







Kursus Essential course di Primula Beach Resort 23 - 27 April 2010.

Sunday, April 25, 2010

Bilik Kuliah


Puan Rema Devi Pensyarah dan fisilitator kursus ini.



Suasana bilik selepas rehat.

primula beach resort





Permandangan Hotel Primula Kuala Terengganu.

Saturday, April 24, 2010

Kursus Essntials Course


Kursus ini amat baik untuk semua dalam P&P di sekolah. Kursus ini berlansung di Hotel Primula Kuala Terengganu. Kursus ini bermula dari 23 April hingga 28 April 2008.