

Inilah Guting Lugadan tempat menginap sebelum sampai ke puncak.


Inilah gambar kenangan semasa berada di Sabah pada tahun 1993 hingga 1995. Gambar ini adalah semasa berada di kaki gunung Kinabalu pada tahun 1994. Aku yang berdiri kiri sekali dan group saya dapat menawan gunung Kinabalu. Kerjasama dalam satu kumpulan adalah penting dalam misi ini. Semua rakan yang terlibat ini adalah pelatih Maktab Kent, Tuaran dan merupakan satu aktiviti yang di rancang secara tersendiri oleh rakan maktab. Program ini diadakan pada cuti semester dan hanya aku seorang sahaja dari Semenanjung dan rakan lain adalah dari sabah. Kami menempah hostel di kaki Gunung Kinabalu untuk menginap pada sebelah malam dan mula mendaki pada keesokkan paginya. Kami juga telah mengupah seorang guide(Pemandu Pelancung) untuk mengemudi pendakian kami. Inilah kenangan yang tidak dapat saya lupakan.

No comments:
Post a Comment